Get KwikXs Now!


Pembentukan identiti generasi muda yang positif lagi produktif teramat penting dalam menjamin pencapaian wawasan murni negara sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Kementerian Belia dan Sukan yang dapat meraih kepakaran dan kebijaksanaan dari remaja sendiri, agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan pihak swasta telah menggubal suatu program yang mampu dimanfaatkan oleh generasi muda, masyarakat dan negara.

Wawasan Rakan Muda, yang tercetus daripada Wawasan 2020, akan membawa satu pendekatan untuk memperkukuh dan memperkayakan sistem serta orientasi nilai dalam masyarakat. Dalam masa yang sama, program ini menyemarakkan gaya hidup yang berkualiti dan berwawasan yang merelakan golongan muda untuk mencari identiti diri dan generasinya. Saya yakin perlaksanaan Rakan Muda juga akan menjadi penyumbang positif kepada institusi keluarga, agama, masyarakat, sekolah, media massa, golongan sebaya dan pertubuhan swadaya yang mempunyai kesan langsung kepada generasi muda.

Suka saya tekankan bahawa pembentukan sistem nilai dan gaya hidup berwawasan tidak akan dapat dizahirkan tanpa persefahaman serta sokongan padu daripada agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan terutama sekali sektor swasta. Sesungguhnya, permasalahan dan tanggungjawab membentuk identiti generasi muda harus dipikul bersama oleh semua institusi formal, pertubuhan swadaya dan sektor swasta.

Segala kerjasama, sokongan dan bantuan daripada semua pihak begitu penting dan amat diharapkan supaya generasi muda hari ini, yang merupakan khazanah paling berharga negara, akan mewarisi sistem nilai dan gaya hidup berkualiti dan seterusnya muncul sebagai pemimpin serta pengisi wawasan negara.

Rakan Muda-Yakin Boleh!


Dato' Abdul Ghani Othman


Rakan Sukan (Sports)

Rakan Wajadiri (Martial Arts)


Rakan Cinta Alam (The Environment)

Rakan Seni Budaya (Culture)

Rakan Rekacipta (Innovations)

Rakan Wirausaha dan Wiramahir (Enterpreneurship)

Rakan Kecergasan (Physical Fitness)

Rakan Masyarakat (Community Service)

Rakan Rekreasi (Recreation)

Briged Rakan Muda (Uniformed Corps)

Sertailah Rakan Muda!
(Be part of Rakan Muda!)




Sertailah Rakan Muda Sekarang
Sertailah keseronokan dan kehebatannya.
Sila hubungi Jabatan Belia dan Sukan terdekat.
Be part of Rakan Muda
It's happening right now! Be part of the fun and excitement. Act now!
Contact your nearest branch of the Ministry of Youth and Sports.